Thursday, January 8, 2009

Jom Xpdc Maran Pahang

Citor Program Lopeh !

XPDC BELUMUT CANCEL
TAPIiiii sebagai gantinya J
om ikut Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang pada 23hb - 26hb Januari 2009 ini anjuran Persatuan Rekreasi dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol. Bagi sesiapa kaki xtvt lasak dan camping, apa tunggu lagi jom sertai kami. Yuran penyertaan adalah RM50 untuk ahli Persatuan Rekreasi Jempol dan peserta ARP ( yang dah dapat Gangsa & Perak sahaja) dan bukan Ahli PRJL adalah RM60. Penyertaan terbuka pada mereka yang berminat tak kira di mana anda berada asalkan 14 tahun ke atas. Bayaran ini meliputi tambang Bas, Lori, Insurans, khemah,guide, ubatan dan lain2 lagi. Kalau nak di ikutkan yuran tersebut memang tak cukup sebab tambang bas sahaja dah mahal. Harap - harap adalah yang sudi membantu dana kami tu. Cadangan pergi mungkin hari Jumaat malam Sabtu jam 9 malam. Berkumpul di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tapi kami lum wat keputusan lagi sebab meting hari itu cuma membincangkan Xpdc Belumut Siri 3. Xpdc tersebut di batalkan di sebabkan Tiket Perjalanan Keretapi dah hampir habis. Maklumlah Raya Cina. So kami tak nak tanggung kesedihan peserta T. Mungkin lain kali kite pegi ok. Bayaran ini tidak termasuk makanan. Jadi makanan dan peralatan masak peserta kena bawa sendiri dari rumah lah. Cadangan elok u all buat team. Satu team 5 - 6 orang. Lantik ketua. Penyertaan akan ditutup pada 17/1/09. Satu taklimat khas akan diadakan pada semua peserta atau wakil ( ketua team ) pada hari sabtu 7/1/09 jam 10 pg di Kompleks Rakan Muda Jempol. Jemputlah datang. Borang penyertaan bolehlah di perolehi melalui laman web Persatuan Rekreasi Jempol ini. Bayaran yuran atau deposit RM20 hendaklah di bayaran secepat mungkin agar nama anda disenaraikan segera dalam BAS. Tempat memang best. Anda mungkin teruja melihat keindahan air terjun yang cantik dan indah itu. Sebab itu kam ipilih Berkelah. Rasanya ada team Dekbet dah gi servey 2 kali kawasan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ketua Projek kali ini Saudara Fahmi - 017 3208719. Maklumat2 terkini xpdc akan di salurkan di laman rasmi PRJL di www.rakanmudajempol.blogspot.com . So selalu2 lah klik web ini ok. Apalagi JOM IKUT..
.
..

Jadual Program Sempoi Jer.


Jumaat 23/1/09
(9mlm - Bertolak ke Bekelah dari Kompleks Rakan Muda

Sabtu 24/1/09
3pg - Sampai di Gerai Jalan Ke Bekelah
8.pg - Bertolak ke Air Terjun - Lori
9pg - Sampai Base 1
- Gerak ke Camp Site 2
- Xtvt Bebas
- Taklimat Xtvt

Ahad 25/1/09
9pg - Treking ke Puncak Air Terjun
- Xtvt Bebas mandi manda

Isnin 26/1/09
2ptg - Bertolak balik ke NS.