Tuesday, October 30, 2007

PROGRAM TERKINI

Xpdc Asas Trek Angsi

( Para peserta menitiskan air mata kerana akhirnya berjaya juga sampai ke Puncak Angsi )
.
Cuaca yang sentiasa hujan setiap pagi dan petang pada minggu lepas di sekitar Bukit Putus Kuala Pilah tidak menghalang Persatuan Rekreasi Daerah Jempol meneruskan program Asas Xpdc Trek Angsi di Hutan Simpan Ulu Bendul. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 25hb - 27hb Julai 2008 ini telah di sertai seramai 53 orang . Kesemuanya adalah ahli Persatuan Rekreasi Daerah Jempol yang berumur 15 tahun ke atas. Mengikut kata Ketua Projek Xpdc kali ini iaitu Saudara Abu Ubaidah, pada permulaannya program ini terpaksa di batalkan di sebabkan secara tiba - tiba kebanyakkan sekolah di Negeri Sembilan menerima arahan untuk mengadakan sekolah ganti pada hari Sabtu 26hb Julai 2008 sempena cuti perayaan namun setelah mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa pihak sekolah untuk memberi pelepasan kepada ahli - ahli kami maka program itu dapat di teruskan dengan jayanya.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan pengetua - pengetua sekolah yang terbabit.
Tujuan program ini di adakan adalah sebagai salah satu program motivasi kepada semua ahli - ahli baru sebagai Asas Rekreasi bagi menguji ketahan mental dan fizikal mereka dalam mengharungi xpdc - xpdc yang lebih mencabar lagi. Program ini juga di selitkan dengan slot motivasi remaja, kuliah agama, team building dan pada Hari Sabtu pula mereka telah di bawa mendaki Gunung Angsi yang di ketuai sendiri oleh Ketua Projek Xpdc. Pemilihan Hutan Simpan Ulu Bendul pada program kali ini adalah kerana Ulu Bendul mempunyai kemudahan rekreasi yang terbaik di Negeri Sembilan di samping terdapatnya Gunung Angsi (2702 kaki )
yang amat sesuai di daki oleh treker - treker yang baru berjinak - jinak dengan aktiviti lasak ini.

Mengikut kata Setiausaha Persatuan iaitu Saudara Fahmy Hazizie , persatuan juga ada menawarkan pakej program perkhemahan selama 3 hari 2 malam yang murah serendah RM40 sahaja seorang. Kos ini termasuk bayaran sewa tapak, permit mendaki, guide, khidmat jurulatih team building, insurans, khemah dan kemudahan kem.Bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui program - program Rakan Muda dan perkhemahan di Negeri Sembilan bolehlah melayari laman web kami di www.anugerahremajaperdana.blogspot.com.Persatuan yang beroperasi di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol ini juga menggalakkan remaja dan belia yang berminat dengan hobi lasak ini , agar dapat mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Persatuan. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM5 sahaja.
( Petikan Akhbar Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan pada hari Khamis 31hb Julai 2008. Terima kasih kepada Wartawan Sinar Kuala Pilah Saudari Nurliza Elami kerana sudi memaparkan laporan xtvt kami tersebut.
.
.
.