Friday, November 16, 2007

Assalammualaikum dan Salam Rekreasi,
.

Terima kasih kerana sudi melayari Blog Rakan Muda Jempol. Blog ini akan memuatkan xtvt - xtvt perkhemahan, xpdc, mendaki gunung , berkayak ataupun yang paling senang disebut ialah REKREASI. Oleh itu bagi anda yang berminat menyertai segala xtvt tersebut, anda digalakkan menyertai PERSATUAN REKREASI DAERAH JEMPOL NS. Bayaran Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM5 ( sekali bayar ) dan Yuran Tahunan adalah RM3 sahaja. Setelah menyertai persatuan ini, maka anda akan lebih mudah mengetahui dan menyertai serta menikmati segala kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan pada setiap ahli persatuan PRJL. Xtvt akan dibuat setiap 2 bulan sekali. Kebiasaannya program yang biasa kami jalankan melalui persatuan ini adalah santai dan banyak relax. Bak kata orang persatuan ini seperti satu Kelab peminat pada hobi ini. Penyertaan terbuka kepada yang berumur 15 tahun keatas dan mestilah minat pada hobi rekreasi. Borang penyertaan bolehlah didapati pada blog ini di sebelah kanan dan anda bolehlah print sendiri. Hantarkan borang ini ke Kompleks Rakan Muda Jempol NS atau faxkan ke 06 4582 692.
.
Kami juga mengalu - alukan daripada anda dan mana - mana persatuan ataupun kelab yang ingin menghebahkan sebarang xtvt rekreasi di blog ini untuk kami sertai bersama. Blog ini adalah salah satu rangkaian blog kami yang mempunyai ramai peminat serta terhangat lagi sensasi iaitu Blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Sembilan di http://www.anugerahremajaperdana.blogspot.com/ . Pada anda jangan lupa jom join kami ok. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Setiausaha persatuan iaitu Saudara Fahmy Hazizi di talian 017 3208719 . Salam rekreasi dari kami.


3hb - 6hb April 2009 Gunung Datok Rembau
.

Ini adalah keratan akhbar Sinar Harian pada 13hb Jun 2008 yang memuatkan salah satu aktiviti Persatuan Rekreasi Daerah Jempol bersama Kelab PROSTAR Jempol pada 29hb Mei - 2hb Jun 2008 iaitu Xpdc Cameron Highland dan Mendaki Gunung Brinchang.

.

( Kain Rentang ni memang dah lama. Rasanya sejak tahun 2005 lagi kot- Banyak Jasanya )