Thursday, June 16, 2011

Xpdc Gunung Brinchang Cameron Highland



XPDC CAMERON HIGHLAND JULAI 2011

Sesiapa yang berminat menyertai Xpdc ini yang akan di adakan pada 22hb - 25hb Julai 2011. Bayaran adalah RM100 utuk ahli dan yang bukan ahli pun di jemput sekali join. Anda cuma jadi ahli jer. Yuran ahli RM3 jer. .

Ia meliputi tambang bas ke sana pergi balik , tambang bas jalan2 kat cameron highland, Sewa tapak , Khemah, guide , Bahan bakar solid fuel , Insurans , yuran masuk Taman Mardi ( nak petik strawberi ker ) , dan BBQ ( kalau cukup duit ) dan macam - macam lagilah. Bayaran deposit RM50 dahulu boleh di buat kepada Setiausaha PERSIMPOL iaitu Cik Elly 013 218 7432 . Bayaran selebihnya hendaklah di jelaskan sebelum nak 20hb Julai 2011.

Xtvt macam biasa banyak relek dan lapangkan fikiran atau erti kata relies tension jer. Nak tau aktiviti2nya joinlah Facebook Persimpol Camp. Tarikh tutup penyertaan adalah 15hb Julai 2011. Borang boleh di perolehi di web ini. Sila rujuk kat sebelah kanan di ruangan Pelbagai Borang Persimpol. Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat !!!

Saturday, March 26, 2011

Jom Gilo Camping

( Klik banner untuk lebih jelas di baca )

Bayaran Rm20 untuk Bukan Ahli Persatuan dan RM10 sahaja untuk Ahli Persatuan Rekreasi Daerah Jempol ( PERSIMPOL ). So nak murah . Jom join kami. Daftar sebagai ahli PERSIMPOL. Klik borang ahli. Then kita boleh pergi camping banyak - banyak. Jom relies tension. Jadilah ahli persatuan.

Program Jom Gilo Camping ini akan di buat di Hutan Lipur Serting Ulu sekali sahaja setiap bulan iaitu Sabtu dan Ahad. Ia kira xtvt bulanan selain XPDC yang di rangka oleh persatuan sendiri. Banyak aktiviti menarik menanti anda selain Jom Gilo Camping ini. Just bayar RM10 anda akan di sediakan khemah, tapak khemah, xtvt rekreasi, jurulatih sempoi dan gila - gila, jumpa banyak kawan , boleh lepak2 dengan ahli sambil masak - masak , relax - relax, mandi manda dan boleh mengisi masa lapang di sini. Dicadangkan buat group / team . Satu Team 6 orang . Nanti senang nak duduk dalam khemah dan masak - masak . So jom lepak bersama kami. Call kami untuk daftar camping. Anda pasti seronok camping bersama kami. JOM RELIES TENSION.
SORRY . INI BUKAN KEM MOTIVASI !!

TARIKH : 22 - 24hb April 2011 ( Jumaat - Ahad )
Berminat dan Daftar : Hubungi Cik Elly 013 2187 432
Terbuka 13 tahun ke atas. Sila buat group anda.
Anda di kehendaki bawa makanan, dan alatan camping ( ada gitar ok ) .
Khemah dan xtvt di sediakan oleh Penganjur
Tarikh tutup penyertaan : 20hb April 2011.
Borang boleh download di web ini.
Tempat Camping : BerhuluCamp. Hutan Lipur Serting Ulu

Terbaik. ADD Facebook Persimpol Camp untuk info terkini

.Pssstttt.... Program ini banyak relax daripada Xtvt ya....Sorry....

Sesiapa yang nak pergi tak kiralah AJK, Ahli PERSIMPOL , Ahli baru nak join Persimpol atau yang bukan ahli Persimpol. Anda di kehendaki mendaftarkan diri kepada Setiausaha Persimpol saudari Elly no telefon seperti di atas atau bagi Nama, No ic , No tel dan alamat anda kepada Facebook kami di " Facebook Persimpol. Ini kerana kami akan tutup sekiranya permohonan sudah melebihi 50 orang dan di takuti khemah tidak cukup. Bayaran boleh di jelaskan semasa datang mendaftar pada hari jumaat. Siapa lewat daftar, kena tido takda khemah la ya.

Wednesday, June 24, 2009

Program Terkini Rakan Muda Jempol

Liputan Y2Y Melaka 29- 31hb Mei 09
( Teka dimanakah Bangmir dalam gambar di bawah ini )
'
Gambar Y2Y Melaka Boleh anda lihat di / klik

Pada ruangan " Gambar xtvt Persatuan Rekreasi " di sebelah kanan anda tu dekat Slot " Klik Pilihan Anda " atau Klik jer kat sini " GAMBAR Y2Y " . Gambar akan sentiasa di kemaskinikan setiap hari
.

PROGRAM JATIDIRI BANGSA NUR BUKIT UNGGUL
.
Nak Tengok gambar - gambar program Jatidiri Bangsa. Klik kat " Gambar Xtvt Persatuan Rekreasi" kat ruangan Klik Pilihan Anda. Di sebelah kanan anda tu ok.
( Gambar2 kem ini akan setiasa di tambah. Sila selalu lawati laman ini )
.

Wednesday, February 4, 2009


Syoknya Camping kat Air Terjun Berkelah Maran Pahang. Program ini disertai seramai 62 orang. Sebahagiannya adalah Peserta ARP Jempol. Program ini telah diadakan pada 23hb - 26hb Januari 2008 ( Raya Cina ) lepas. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun seorang peserta kita iaitu INTAN terseliuh gara - gara menuruni bukit semasa perjalanan balik dari melihat Air Terjun Berkelah. Hari keduanya hujan so memanglah boring di mana kebanyakan trekker tido jer dalam khemah selain masak dan makan. Sapa nak tengok gambar kliklah sebelah kanan tu kat Gambar xtvt PRJL " ok.

Julai 2011
Xpdc Gunung Brincang Pahang




Cool Text Maker

Thursday, January 8, 2009

Jom Xpdc Maran Pahang

Citor Program Lopeh !

XPDC BELUMUT CANCEL
TAPIiiii sebagai gantinya J
om ikut Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang pada 23hb - 26hb Januari 2009 ini anjuran Persatuan Rekreasi dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol. Bagi sesiapa kaki xtvt lasak dan camping, apa tunggu lagi jom sertai kami. Yuran penyertaan adalah RM50 untuk ahli Persatuan Rekreasi Jempol dan peserta ARP ( yang dah dapat Gangsa & Perak sahaja) dan bukan Ahli PRJL adalah RM60. Penyertaan terbuka pada mereka yang berminat tak kira di mana anda berada asalkan 14 tahun ke atas. Bayaran ini meliputi tambang Bas, Lori, Insurans, khemah,guide, ubatan dan lain2 lagi. Kalau nak di ikutkan yuran tersebut memang tak cukup sebab tambang bas sahaja dah mahal. Harap - harap adalah yang sudi membantu dana kami tu. Cadangan pergi mungkin hari Jumaat malam Sabtu jam 9 malam. Berkumpul di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tapi kami lum wat keputusan lagi sebab meting hari itu cuma membincangkan Xpdc Belumut Siri 3. Xpdc tersebut di batalkan di sebabkan Tiket Perjalanan Keretapi dah hampir habis. Maklumlah Raya Cina. So kami tak nak tanggung kesedihan peserta T. Mungkin lain kali kite pegi ok. Bayaran ini tidak termasuk makanan. Jadi makanan dan peralatan masak peserta kena bawa sendiri dari rumah lah. Cadangan elok u all buat team. Satu team 5 - 6 orang. Lantik ketua. Penyertaan akan ditutup pada 17/1/09. Satu taklimat khas akan diadakan pada semua peserta atau wakil ( ketua team ) pada hari sabtu 7/1/09 jam 10 pg di Kompleks Rakan Muda Jempol. Jemputlah datang. Borang penyertaan bolehlah di perolehi melalui laman web Persatuan Rekreasi Jempol ini. Bayaran yuran atau deposit RM20 hendaklah di bayaran secepat mungkin agar nama anda disenaraikan segera dalam BAS. Tempat memang best. Anda mungkin teruja melihat keindahan air terjun yang cantik dan indah itu. Sebab itu kam ipilih Berkelah. Rasanya ada team Dekbet dah gi servey 2 kali kawasan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ketua Projek kali ini Saudara Fahmi - 017 3208719. Maklumat2 terkini xpdc akan di salurkan di laman rasmi PRJL di www.rakanmudajempol.blogspot.com . So selalu2 lah klik web ini ok. Apalagi JOM IKUT..
.
..

Jadual Program Sempoi Jer.


Jumaat 23/1/09
(9mlm - Bertolak ke Bekelah dari Kompleks Rakan Muda

Sabtu 24/1/09
3pg - Sampai di Gerai Jalan Ke Bekelah
8.pg - Bertolak ke Air Terjun - Lori
9pg - Sampai Base 1
- Gerak ke Camp Site 2
- Xtvt Bebas
- Taklimat Xtvt

Ahad 25/1/09
9pg - Treking ke Puncak Air Terjun
- Xtvt Bebas mandi manda

Isnin 26/1/09
2ptg - Bertolak balik ke NS.

Friday, November 16, 2007

Assalammualaikum dan Salam Rekreasi,
.

Terima kasih kerana sudi melayari Blog Rakan Muda Jempol. Blog ini akan memuatkan xtvt - xtvt perkhemahan, xpdc, mendaki gunung , berkayak ataupun yang paling senang disebut ialah REKREASI. Oleh itu bagi anda yang berminat menyertai segala xtvt tersebut, anda digalakkan menyertai PERSATUAN REKREASI DAERAH JEMPOL NS. Bayaran Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM5 ( sekali bayar ) dan Yuran Tahunan adalah RM3 sahaja. Setelah menyertai persatuan ini, maka anda akan lebih mudah mengetahui dan menyertai serta menikmati segala kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan pada setiap ahli persatuan PRJL. Xtvt akan dibuat setiap 2 bulan sekali. Kebiasaannya program yang biasa kami jalankan melalui persatuan ini adalah santai dan banyak relax. Bak kata orang persatuan ini seperti satu Kelab peminat pada hobi ini. Penyertaan terbuka kepada yang berumur 15 tahun keatas dan mestilah minat pada hobi rekreasi. Borang penyertaan bolehlah didapati pada blog ini di sebelah kanan dan anda bolehlah print sendiri. Hantarkan borang ini ke Kompleks Rakan Muda Jempol NS atau faxkan ke 06 4582 692.
.
Kami juga mengalu - alukan daripada anda dan mana - mana persatuan ataupun kelab yang ingin menghebahkan sebarang xtvt rekreasi di blog ini untuk kami sertai bersama. Blog ini adalah salah satu rangkaian blog kami yang mempunyai ramai peminat serta terhangat lagi sensasi iaitu Blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Sembilan di http://www.anugerahremajaperdana.blogspot.com/ . Pada anda jangan lupa jom join kami ok. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Setiausaha persatuan iaitu Saudara Fahmy Hazizi di talian 017 3208719 . Salam rekreasi dari kami.


3hb - 6hb April 2009 Gunung Datok Rembau
.

Ini adalah keratan akhbar Sinar Harian pada 13hb Jun 2008 yang memuatkan salah satu aktiviti Persatuan Rekreasi Daerah Jempol bersama Kelab PROSTAR Jempol pada 29hb Mei - 2hb Jun 2008 iaitu Xpdc Cameron Highland dan Mendaki Gunung Brinchang.

.

( Kain Rentang ni memang dah lama. Rasanya sejak tahun 2005 lagi kot- Banyak Jasanya )

Tuesday, October 30, 2007

PROGRAM TERKINI

Xpdc Asas Trek Angsi

( Para peserta menitiskan air mata kerana akhirnya berjaya juga sampai ke Puncak Angsi )
.
Cuaca yang sentiasa hujan setiap pagi dan petang pada minggu lepas di sekitar Bukit Putus Kuala Pilah tidak menghalang Persatuan Rekreasi Daerah Jempol meneruskan program Asas Xpdc Trek Angsi di Hutan Simpan Ulu Bendul. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 25hb - 27hb Julai 2008 ini telah di sertai seramai 53 orang . Kesemuanya adalah ahli Persatuan Rekreasi Daerah Jempol yang berumur 15 tahun ke atas. Mengikut kata Ketua Projek Xpdc kali ini iaitu Saudara Abu Ubaidah, pada permulaannya program ini terpaksa di batalkan di sebabkan secara tiba - tiba kebanyakkan sekolah di Negeri Sembilan menerima arahan untuk mengadakan sekolah ganti pada hari Sabtu 26hb Julai 2008 sempena cuti perayaan namun setelah mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa pihak sekolah untuk memberi pelepasan kepada ahli - ahli kami maka program itu dapat di teruskan dengan jayanya.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan pengetua - pengetua sekolah yang terbabit.
Tujuan program ini di adakan adalah sebagai salah satu program motivasi kepada semua ahli - ahli baru sebagai Asas Rekreasi bagi menguji ketahan mental dan fizikal mereka dalam mengharungi xpdc - xpdc yang lebih mencabar lagi. Program ini juga di selitkan dengan slot motivasi remaja, kuliah agama, team building dan pada Hari Sabtu pula mereka telah di bawa mendaki Gunung Angsi yang di ketuai sendiri oleh Ketua Projek Xpdc. Pemilihan Hutan Simpan Ulu Bendul pada program kali ini adalah kerana Ulu Bendul mempunyai kemudahan rekreasi yang terbaik di Negeri Sembilan di samping terdapatnya Gunung Angsi (2702 kaki )
yang amat sesuai di daki oleh treker - treker yang baru berjinak - jinak dengan aktiviti lasak ini.

Mengikut kata Setiausaha Persatuan iaitu Saudara Fahmy Hazizie , persatuan juga ada menawarkan pakej program perkhemahan selama 3 hari 2 malam yang murah serendah RM40 sahaja seorang. Kos ini termasuk bayaran sewa tapak, permit mendaki, guide, khidmat jurulatih team building, insurans, khemah dan kemudahan kem.Bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui program - program Rakan Muda dan perkhemahan di Negeri Sembilan bolehlah melayari laman web kami di www.anugerahremajaperdana.blogspot.com.Persatuan yang beroperasi di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol ini juga menggalakkan remaja dan belia yang berminat dengan hobi lasak ini , agar dapat mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Persatuan. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM5 sahaja.
( Petikan Akhbar Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan pada hari Khamis 31hb Julai 2008. Terima kasih kepada Wartawan Sinar Kuala Pilah Saudari Nurliza Elami kerana sudi memaparkan laporan xtvt kami tersebut.
.
.
.

Sunday, October 28, 2007

Tawaran Pakej Perkhemahan


" TAWARAN PAKEJ PERKHEMAHAN HEBAT PERSIMPOL "

Tempat : BerhuluCamp
.
3 Hari 2 Malam

RM59 ++ Sahaja - Sehari ( Seorang )
.
.
Kos ini termasuk semua kemudahan , sewa tapak , Khemah , Program Team Building - Siap Jurulatih , trekking, makan minum 4 kali sehari , dewan , surau dan sebagainya .Sekiranya ada pihak yang berminat untuk pakej yang murah ini, sila hubungi kami segera. . Apapun ia boleh di bincangkan.

JOM KLIK :

.